Langkau ke kandungan utama

Jadi Agen 4D Haram: Komisen Tak Seberapa, Pertaruhan Nyawa

Kemana-mana kita merayau-rayau di bandar-bandar, mesti kita nampak kedai atau agen-agen nombor ekor haram. Kadang-kadang kita fikir juga riskio bagi ke-dua-dua atau tiga pihak, ia itu kepada pembeli penjual dan pemunya kedai.

Nombor Ekor Haram - sekadar gambar hiasan sahaja - Lukisan AI


Sebagai rakyat biasa, saya rasa segan dan malu juga masuk ke kedai yang jual nombor – takut-takut kita pun kena cekup oleh pihak berkuasa. Mana tahu, tengah kita beli barang di depan ejen dan pihak berkuasa masuk buat serbuan, kita terpaksa juga kena tanya atau cekup sekali sebab berada di premis tersebut.

Perisai Manusia

Kalau kita halusi cara “perdagangan” ini dijalankan, agen-agen itu semua menggadai nyawa menjadi perisai kepada bos besar atau sendiket yang mungkin duduk di luar negara ataupun orang yang kita tidak kenal. Tetapi agen-agen itulah yang semua berdepan dengan pembeli atau pihak berkuasa. Kalau kena serbuan oleh pihak berkuasa, agen-agenlah yang kena cekup. Kalau pembeli mengamuk kerana lambat bayar , bayar kurang atau tidak dibayar wang yang dia menang, agent juga yang akan kena. Apa lagi kalau tokay lari.

 Kiraan yang mungkin tidak masuk akal

Mungkin sahaja, saya pun tidak pernah tanya – saya rasa komision mungkin di antara 10%–15% atau ada yang lebih tinggi ke 20% sahaja daripada nilai penjualan. Ini kalau dibandingkan dengan peratusan risiko yang 100%, bagi saya memang tidak berbaloi. Jika syarikat atau tokay lari selepas kemenangan besar, agen akan dapat risiko 101%… mana tidak, si pembeli tetap akan kejar agen sebab dia hanya kenal dan tahu agen. Mungkin itu juga sebab kebanyakan operator menggunakan tenaga kerja orang asing. Orang asing lebih senang lari. Risko ini boleh saja meletup bila-bila masa… contohnya, kalau hari draw, terdapat banyak beribu-ribu orang membeli dan ada yang kena besar, tetapi pada hari yang sama – Tokay dan Kumpulan itu yang mengorganisasi judi ini ditimpa masalah, dan pembayaran pun tidak dapat dikutip – kemungkinan besar akan ada masalah. Mahu buat laporan polis, kalau ada masalah pun tidak dapat, sebab terlibat dalam perniagaan haram. Pergaduhan besar boleh meletus kalau kes macam ini timbul.

Kalau tokay lari, tokay yang punya kedai pun mungkin tidak dapat kutip sewa kedai dia.

Sekiranya nama orang yang terlibat disabitkan kesalahan, reputasi dia pun rosak dan mungkin amat sukar untuk masa depan dia.

Kehidupan mereka yang terlibat dalam perniagaan haram bergini pun sentiasa di buru ketakutan. Kaya macam mana pun, kalau hidup dalam ketakutan, tiada makna untuk hidup… kebingungan melampau.

Seperti kes seorang pencuri tegar yang kita tahu – mahu masuk balik ke kampung pun tidak dapat, tinggal di bandar pun susah sebab bukan tiap hari boleh dapat hasil atau menjual barang yang dicuri.

Risiko kepada yang menjalankan perniagaan nombor ekor haram

Setakat tahun 2026, Malaysia telah beralih ke arah yang lebih  changgih & Sophisticated untuk menjejak orang-orang yang menjalankan perniagaan haram seperti ini. Sistem-sistem teknology maklumat dan Kecerdasan Pintar Buatan akan memberi tamparan hebat kepada orang yang menjalankan perniagaan ini berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini.

Kearah yang lebih rumit untuk agen-agen atau operator nombor 4D haram

Kerajaan telah dalam rangka mengubal undang-undang baru berkaitan hal ini “ Standalone Gambling Act”. Tujuan utama bukan untuk menangkap tokay-tokay besar atau orang-orang berpengaruh yang terlibat, tetapi untuk melebarkan kuasa kepada pihak berkuasa tempatan/Local Authority untuk menutup pusat-pusat yang terlibat.

Keduanya, Digital Fingerprints (The "Invisible" Trail) atau jejak digital, sekiranya agen-agen ditangkap, maka pihak berkuasa boleh menjejak apa-apa butiran di dalam aplikasi WhatsApp, Telegram atau e-wallet melalui telefon mereka. Dulu-dulu atau sebelum ini, kebanyakan transaksi ditulis di atas kertas dan senang saja dilupuskan, tiada jejak.


Artikal ini ditulis dari pengamatan sebagai orang yang selalu duduk di kedai kopi, tiap-tiap hari – perhatian sosial yang mendalam.

 

Ulasan

Feature Post

Kenapa Orang Sekarang Lebih Panik Hilang Phone Daripada Hilang Wallet

Perubahan budaya manusia berlaku sangat cepat sekarang sehingga kita lupa apa yang berlaku di sekeliling kita. Kadang-kadang perut lapar pun lupa. Cerita ini bukan cerita yang baru dan kebanyakan manusia mengalami keadaan ini selagi kita pegang alat smartphone. Busy with his smartphone Sehingga tahun 2005, wallet kita lebih penting dalam kehidupan harian tetapai selepas tahun 2005 hingga ke hari ini dan tahun tahun mendatang, phone lebih penting daripada dompet bagi kebanyakan orang. Apakah yang akan berlaku selepas handphone? Adakah telefon akan masih menguasai kehidupan kita selepas 10 tahun akan datang? Sebab telefon sekarang bukan lagi “alat komunikasi”. Ia sudah jadi identiti, bank, hiburan, pejabat, kamera, peta, dan kad akses hidup harian, sekali gus termasuk nyawa kita dan kesihatan keluarga bergantung kepada gajet ini. Dulu orang keluar rumah akan tepuk poket belakan: “Wallet ada?” Kalau wallet ada, baru sah untuk keluar dari rumah ke tempat lain.  “kunci ada?” - kalau ...

Apabila AI Melukis Budaya Dayak: Cantik Tetapi Tidak Semestinya Tepat

  Intro Apa yang saya tahu berkaitan dengan Gawai Dayak ,ialah ia bukan pesta yang kita nampak seperti dalam tahun-tahun kebelakangan ini, tetapi lebih kepada perayaan “Thanksgiving”. Walau Bagai manapun, perayaan ini disambut mengikut peredaran zaman dan status ekonomi. Bukan saja berkaitan dengan hari gawai tetapi perubahan itu berlaku juga kepada pesta atau perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya, Deepavali dan sebagainya, dan juga berubah secara global.   Posting-posting dalam sosial media dan banner-banner di mana -mana.   Selepas beberapa hari melihat banyak posting-posting dalam media sosial, saya tengok macam ada sesuatu yang tidak kena berkaitan dengan mesej Hari Gawai Dayak. Saya sedar kebanyakannya, praktikalitinya semua,  dicipta menggunakan A.I. Macam tidak ada satu pun yang tepat melambangkan budaya suku kaum tertentu. Kemungkinan prompt yang digunakan kurang tepat. Ini mungkin orang yang memberi arahah atau prompt kepada AI itu kurang focus dan t...

Gawai Dayak dan ertinya sudah berubah

 Intro Sambutan Hari Gawai Dayak disambut seawal bulan Mei tahun ini. Tiap-tiap tahun, sambutan Gawai Dayak disambut seawal bulan Mei dan macam tidak berakhir sampai penghujung bulan Julai nanti. Dari pandangan saya yang saya lihat dan terlibat sekali di beberapa lokasi dan kawasan, Sambutan Gawai Dayak tahun ini boleh dikatakan sangat meriah. Akhir-akhir ini, sesiapa yang menyambut Gawai Dayak pun ramai yang memakai pakaian tradisional, terutama bagi masyarakat Iban, Bidayuh dan Orang Ulu… tetapi itu tidak berakhir di situ saja. Kaum Melayu, Cina mahupun pelancong luar negara pun memakai pakaian tradisional sekali untuk menyambut bersama masyarakat Dayak di Sarawak. Gadis-gadis di babang Peralihan makna dan perayaan Gawai Dayak. Perayaan gawai dayak atau gawai tahun yang telah beralih cara dari tahun ke tahun semenjak ia dimulakan. Secara amnya, konsep Dayak unified atau gabungan Dayak telah diutarakan oleh seorang pengacara radio Kingsley dan Owen Liang pada tahun 1957. Kali pert...